Sertai Peraduan TM Rewards Anniversary Sekarang dan Menangi Hadiah-hadiah Menarik!

Dimaklumkan bahawa TM Rewards sedang menganjurkan peraduan “TM Rewards Anniversary” mulai 8 Julai hingga 4 Ogos 2013 eksklusif untuk ahli-ahli TM Rewards. Dengan menyertai peraduan ini, ahli-ahli TM Rewards berpeluang memenangi pakej percutian ke London dan berpeluang untuk  mengalami sendiri suasana Reading Music Festival serta pelbagai lagi hadiah menarik! Untuk menyertai, sila “Like” laman Facebook TM Rewards, jawab dua soalan mudah dan lengkapkan slogan. Syarat penyertaan adalah terhad kepada ahli TM Rewards sahaja dan para ahli harus menebus mata ganjaran mereka untuk sama ada untuk bil TM atau barangan lain daripada katalog TM Rewards untuk menyertai peraduan tersebut.

Peraduan ini adalah salah satu cara TM untuk mendekati para ahli serta salah satu faedah yang menanti para ahli di bawah program kesetiaan TM Rewards ini. Apa lagi yang anda nantikan, daftarlah sebagai ahli TM Rewards sekarang dan akan terdapat lebih banyak faedah dan program untuk anda di masa akan datang!


Ulasan

Catatan Popular