Muat Turun TM Mobile App untuk Berhubung dengan TM pada Bila-bila Masa / Download TM Mobile App to Connect to TM at Anytime

Sukacita kami mengumumkan bahawa mulai 6 Ogos 2013, pelanggan kini boleh memuat turun TM Mobile App untuk berhubung kepada TM pada bila-bila masa yang dikehendaki. Ini merupakan satu kemudahan perhubungan yang baru untuk TM pada setiap masa dan di mana sahaja di dalam pasaran alat peranti mudah alih.

Kini, dengan TM Mobile App (versi Beta), anda boleh mendapatkan maklumat rancangan hit terkini melalui HyppTV Trailers. Ketahui tentang promosi terkini melalui Promotions. Periksa liputan di kawasan anda dan daftarkan perkhidmatan UniFi melalui Get Me Connected. Berikan semua maklum balas UniFi kepada TM secara emel dan twitter melalui Contact Us.

Anda boleh mendapatkan ‘TM Connects’ App ini dengan menggunakan kata kekunci berikut seperti (TM, Telekom Malaysia, TM Connects, Connects, UniFi & HyppTV). Muat turun TM Mobile App di Apple Store (iOS : version OS 5.x.x and above) atau Play Store (Android : version OS 2.3.3 and above) dan pelanggan mampu untuk meneroka fungsi-fungsi seperti berikut :-


Ulasan

Catatan Popular